Friday, March 10, 2023

Refleksi Pembelajaran: Fasa 1 (Permulaan)


Assalamualaikum.๐Ÿ˜Ž

    Untuk bahagian refleksi pembelajaran fasa pertama ini, saya akan menceritakan proses pembelajaran saya bagi kelas Graphic and Animation Development in Education untuk peringkat awal bagi semester kedua ini.

       Hari ini merupakan kelas pertama bagi subjek Graphic and Animation Development in Education. Rasa debaran semasa memasuki kelas. Melihat kepada nama subjek sudah terbayang difikiran semester ini akan belajar tentang grafik dan animasi. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkataan berkenaan lukisan atau ukiran. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihat keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. 

    Di awal kelas, Dr Nurain menerangkan silibus untuk semester ini. Syarahan pertama mengenai grafik bitmap dan grafik vektor. Istilah Bitmap juga dikenali sebagai grafik raster atau gambar Bitmap. Apabila ilustrasi yang dihasilkan diperbesarkan, ia akan dilihat kabur kerana ia sangat bergantung kepada resolusi pixel yang digunakan. Format raster seperti JPEG, GIF, PNG, TIFF dan BITMAP. Antara perisian yang digunakan untuk menghasilkan bitmap seperti Adobe Photoshop.

Perbezaan Raster dan Vektor

    

    Grafik vector pula dihasilkan menggunakan ekspresi matematik untuk menghasilkan titik, garis dan bentuk. Bentuk yang dihasilkan dapat di edit sepenuhnya tidak seperti bitmap. Ilustrasi yang dihasilkan menggunakan vektor tidak akan pecah atau blur apabila diperbesarkan. Format vektor seperti EPS, AI, CDR dan DXF. Manakala perisian yang digunakan seperti Adobe Illustrator.

    Saya berasa sangat seronok belajar subjek ini kerana saya berpeluang untuk mempelajari banyak perkara tentang grafik dan animasi. Subjek Graphic and Animation Development in Education ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Subjek ini akan membantu saya untuk menjadikan proses PdP saya lebih menarik semasa praktikum kelak.

    Penerangan bagi topik seterusnya tentang apa yang saya pelajari dalam subjek ini, saya akan terangkan dalam Fasa 2 iaitu Fasa Pembangunan.๐Ÿ˜‰

 

Back



Homepage








 

 


No comments:

Post a Comment

Refleksi Projek: Fasa 3 (Pembinaan)

Spectra Nightcore · The Final Countdown ~ Nightcore Assalamualaikum.      Sekarang kita sudah berada di fasa ketiga iaitu fasa terakhir. Ak...