Assalamualaikum.
Sekarang kita sudah berada di fasa ketiga iaitu fasa terakhir. Akhirnya produk inovasi kumpulan saya siap sepenuhnya setelah kami memaparkannya di aplikasi Genial.
Paparan di aplikasi Genial
Saya rasa seperti tidak percaya dapat menghasilkan sendiri produk inovasi ini😄. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru saya dapat semasa melaksanakan produk ini seperti perisian-perisian yang digunakan. Terima kasih juga kepada Dr Nurain di atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan kepada kumpulan saya. Kerjasama dati rakan-rakan amat saya hargai. Walaupun kami belajar secara dalam talian, kami masih mampu meyiapkan projek inovasi ini.
Sasaran peserta untuk Permainan Math Twister ini amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 kerana melibatkan operasi asas matematik seperti penambahan, penolakan, pandaraban dan bahagi. Selain itu, permainan ini sangat sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam operasi asas matematik ini. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasainya konsep asas matematik, mereka bakal menghadapi masalah dalam mata pelajaran tersebut. Produk inovasi kumpulan saya mempunyai keunikan apabila menerapkan pembelajaran yang lebih interaktif dengan menggunakan teknologi terkini. Selain itu, murid-murid akan berasa seronok apabila bermain permainan ini kerana mempunyai elemen Augmented reality (AR). Teknologi virtual ini dapat menjadikan Math Twister yang kami telah hasilkan menjadi sangat menarik. Permainan interaktif ini juga boleh memupuk minat murid-murid dalam matapelajaran matematik. Secara tidak langsung penguasaan murid-murid dalam konsep asas matematik bertambah baik selepas bermain permainan ini. Dalam permainan ini, denda juga diberikan sekiranya murid gagal menjawab soalan yang diberikan. Denda seperti undur 2 langkah atau berehat satu pusingan. Video berbentuk nota juga diberikan untuk setiap soalan untuk memantapkan kefahaman murid. Sudah pasti dengan produk inovasi ini mampu mengubah perspektif murid-murid yang mengganggap matematik merupakan satu mata pelajaran yang membosankan dan sukar fahami sehinggakan mereka tidak berminat terhadap matematik kepada satu tanggapan di mana matematik adalah matapelajaran yang sangat menyeronokkan.
Saya berharap dengan penghasilan produk inovasi ini dapat membantu para guru dan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Saya juga berharap murid-murid enjoy bermain Math Twister ini. Setakat ini sahaja refleksi projek untuk fasa ketiga bagi semester 2 ini.
Boleh scan Qr Code atau link di bawah. Selamat berjaya. 😊
Back |
Home |
No comments:
Post a Comment