Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di Fasa 2 (pembangunan) Di fasa kedua ini saya akan menceritakan apa yang saya belajar semasa berada di kelas Graphic and Animation Development in Education. Kami diperkenalkan dengan perisian yang tidak pernah saya guna iaitu Adobe Photoshop (Ps).
Perisian Adobe Photoshop
Perisian ini sesuai untuk membuat grafik seperti poster. Dr Nurain menunjukkan paparan menu dan toolbox di perisian Adobe Photoshop. Seterusnya Dr Nurain memberi demo cara menggunakan Adobe Photoshop. Saya berasa sangat teruja menggunakan tools yang ada di dalam aplikasi ini. Dr Nurain memberi tugasan kepada kami untuk membina poster kitaran hujan dan banner. Hasil design yang saya bina akan ditunjukkan di fasa 3. 😉
Demo menggunakan tools Ps
Saya berasa sangat seronok belajar subjek ini kerana saya berpeluang utuk mempelajari banyak perkara tentang grafik dan animasi. Tanpa saya sangka perisian PS ini berkebolehan untuk membuat animasi. Saya sangat teruja apabila berjaya membuat animasi rama-rama terbang.
Semasa minggu ke-5, kami diperkenalkan dengan perisian kedua iaitu Adobe Ilustrator. Saya berasa tidak sabar menggunakan perisian ini. Dr Nurain telah menunjukkan demo melukis penguin dengan menggunakan perisian ini. Hasilnya kita lihat di fasa 3 nanti ya.
Perisian Adobe Ilustrator
Seterusnya pada minggu ke 7, kami ditunjukkan bagaimana melukis karakter anime mengunakan perisian AI. Karakter anime akan digunakan kelak utk video intro dan video promo projek inovasi ini. Saya berasa agak kekok untuk melukis anime ini kerana saya bukan seorang yang berseni tetapi saya mencuba untuk melukis karakter yang dipilih di carian google. Karakter yang dihasilkan ini akan di animasikan menggunakan perisian Adobe Character Animator 2022. Perisian ini sangat menarik tetapi memerlukan storage yang agak besar.
Perisian Adobe Character Animator 2022.
Pemihan Karakter Anime
Karakter yang kumpulan saya hasilkan
Subjek Graphic and Animation Development in Education ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Subjek ini akan membantu saya untuk menjadikan proses PdP saya lebih menarik semasa praktikum kelak.
Penerangan bagi topik seterusnya tenang apa yang saya pelajari dalam subjek ini, saya akan terangkan dalam Fasa 2 iaitu Fasa Pembangunan.
No comments:
Post a Comment