Assalamualaikum.
Di
fasa kedua ini, kumpulan saya telah membina board game dengan menggunakan perisian Adobe
Illustrator. Kami telah membahagikan tugas antara ahli kumpulan untuk
menghasilkan board Math Twister. Tugas saya untuk melukis ular pelbagai bentuk. Pada awalnya agak
sukar untuk melukis ular tetapi setelah mencuba berkali-kali, saya telah
berjaya melukis ular menggunakan tool yang ada di dalam perisian tersebut.
Rasa sangat teruja sewaktu itu.😁
Penghasilan lukisan ular menggunakan Adobe Illustrator
Setelah board dihasilkan, seterusnya kumpulan saya telah telah memasukkan Qr Code dengan menggunakan aplikasi Metaverse. Elemen Augmented reality (AR) telah diaplikasikan dengan menggunakan aplikasi Metaverse. 10 soalan telah dibina merangkumi soalan penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Setelah semua Qr Code selesai di jana di Metaverse, kami memasukkannya ke dalam aplikasi Genial.
Math Twister Board menggunakan Adobe Illustrator
Untuk penghasilan video untuk projek inovasi ini, kumpulan saya telah menggunakan perisian Adobe Character Animator 2022 untuk menghasilkan karakter untuk menunjukkan cara bermain Math Twister. Pada mulanya kami membuat karakter sendiri menggunakan perisian Adobe Illustrator tetapi disebabkan masalah teknikal, karakter kami tidak menjadi. Alhamdulillah Dr Nurain memberi keizinan kepada semua kumpulan untuk menggunakan karakter sedia ada di dalam perisian Adobe Character Animator 2022. Saya berasa sangat teruja berpeluang mempelajari perisian ini. Saya dan ahli kumpulan juga telah menghasilkan satu video pengenalan dan promosi untuk Math Twister ini.
Homepage |
No comments:
Post a Comment