Assalamualaikum.π
Untuk bahagian refleksi pembelajaran fasa pertama ini, saya akan menceritakan proses pembelajaran saya bagi kelas Graphic and Animation Development in Education untuk peringkat awal bagi semester kedua ini.
Hari ini merupakan kelas pertama bagi subjek
Graphic and Animation Development in Education. Rasa debaran semasa memasuki
kelas. Melihat kepada nama subjek sudah terbayang difikiran semester ini akan
belajar tentang grafik dan animasi. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan,
lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari
pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkataan berkenaan lukisan atau ukiran. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihat keterampilan sesebuah aplikasi multimedia.
Di awal kelas, Dr Nurain menerangkan silibus
untuk semester ini. Syarahan pertama mengenai grafik bitmap dan grafik
vektor. Istilah Bitmap juga dikenali sebagai grafik raster atau gambar
Bitmap. Apabila ilustrasi yang dihasilkan diperbesarkan, ia akan dilihat kabur
kerana ia sangat bergantung kepada resolusi pixel yang digunakan. Format raster
seperti JPEG, GIF, PNG, TIFF dan BITMAP. Antara perisian yang digunakan
untuk menghasilkan bitmap seperti Adobe Photoshop.
Perbezaan Raster dan Vektor
Grafik vector pula dihasilkan menggunakan
ekspresi matematik untuk menghasilkan titik, garis dan bentuk. Bentuk yang
dihasilkan dapat di edit sepenuhnya tidak seperti bitmap. Ilustrasi yang
dihasilkan menggunakan vektor tidak akan pecah atau blur apabila
diperbesarkan. Format vektor seperti EPS, AI, CDR dan DXF. Manakala perisian
yang digunakan seperti Adobe Illustrator.
Saya berasa sangat seronok belajar subjek ini kerana saya berpeluang untuk mempelajari banyak perkara tentang grafik dan animasi. Subjek Graphic and Animation Development in Education ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Subjek ini akan membantu saya untuk menjadikan proses PdP saya lebih menarik semasa praktikum kelak.
Penerangan bagi topik seterusnya tentang apa yang saya pelajari dalam subjek ini, saya akan terangkan dalam Fasa 2 iaitu Fasa Pembangunan.π