Tuesday, March 28, 2023

Refleksi Projek: Fasa 3 (Pembinaan)




Assalamualaikum.

    Sekarang kita sudah berada di fasa ketiga iaitu fasa terakhir. Akhirnya produk inovasi kumpulan saya siap sepenuhnya setelah kami memaparkannya di aplikasi Genial.


Paparan di aplikasi Genial


    Saya rasa seperti tidak percaya dapat menghasilkan sendiri produk inovasi iniπŸ˜„. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru saya dapat semasa melaksanakan produk ini seperti perisian-perisian yang digunakan. Terima kasih juga kepada Dr Nurain di atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan kepada kumpulan saya. Kerjasama dati rakan-rakan amat saya hargai. Walaupun kami belajar secara dalam talian, kami masih mampu meyiapkan projek inovasi ini.

    Sasaran peserta untuk Permainan Math Twister ini amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 kerana melibatkan operasi asas matematik seperti penambahan, penolakan, pandaraban dan bahagi. Selain itu, permainan ini sangat sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam operasi asas matematik ini. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasainya konsep asas matematik, mereka bakal menghadapi masalah dalam mata pelajaran tersebut. Produk inovasi kumpulan saya mempunyai keunikan apabila menerapkan pembelajaran yang lebih interaktif dengan menggunakan teknologi terkini. Selain itu, murid-murid akan berasa seronok apabila bermain permainan ini kerana mempunyai elemen Augmented reality (AR). Teknologi virtual ini dapat menjadikan Math Twister yang kami telah hasilkan menjadi sangat menarik. Permainan interaktif ini juga boleh memupuk minat murid-murid dalam matapelajaran matematik. Secara tidak langsung penguasaan murid-murid dalam konsep asas matematik bertambah baik selepas bermain permainan ini. Dalam permainan ini, denda juga diberikan sekiranya murid gagal menjawab soalan yang diberikan. Denda seperti undur 2 langkah atau berehat satu pusingan. Video berbentuk nota juga diberikan untuk setiap soalan untuk memantapkan kefahaman murid. Sudah pasti dengan produk inovasi ini mampu mengubah perspektif murid-murid yang mengganggap matematik merupakan satu mata pelajaran yang membosankan dan sukar fahami sehinggakan mereka tidak berminat terhadap matematik kepada satu tanggapan di mana matematik adalah matapelajaran yang sangat menyeronokkan.

    Saya berharap dengan penghasilan produk inovasi ini dapat membantu para guru dan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Saya juga berharap murid-murid enjoy bermain Math Twister ini. Setakat ini sahaja refleksi projek untuk fasa ketiga bagi semester 2 ini.

Boleh scan Qr Code atau link di bawah. Selamat berjaya. 😊




Back

Home


Friday, March 10, 2023

Refleksi Projek: Fasa 2 (Pembangunan)



Assalamualaikum.

    Di fasa kedua ini, kumpulan saya telah membina board game dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Kami telah membahagikan tugas antara ahli kumpulan untuk menghasilkan board Math Twister. Tugas saya untuk melukis ular pelbagai bentuk. Pada awalnya agak sukar untuk melukis ular tetapi setelah mencuba berkali-kali, saya telah berjaya melukis ular menggunakan tool yang ada di dalam perisian tersebut. Rasa sangat teruja sewaktu itu.😁

  

Penghasilan  lukisan ular menggunakan Adobe Illustrator


    Setelah board dihasilkan, seterusnya kumpulan saya telah telah memasukkan Qr Code dengan menggunakan aplikasi Metaverse. Elemen Augmented reality (AR) telah diaplikasikan dengan menggunakan aplikasi Metaverse. 10 soalan telah dibina merangkumi soalan penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Setelah semua Qr Code selesai di jana di Metaverse, kami memasukkannya ke dalam aplikasi Genial.

    

Math Twister Board menggunakan Adobe Illustrator



    Untuk penghasilan video untuk projek inovasi ini, kumpulan saya telah  menggunakan perisian Adobe Character Animator 2022 untuk menghasilkan karakter untuk menunjukkan cara bermain Math Twister. Pada mulanya kami membuat karakter sendiri menggunakan perisian Adobe Illustrator tetapi disebabkan masalah teknikal, karakter kami tidak menjadi. Alhamdulillah Dr Nurain memberi keizinan kepada semua kumpulan untuk menggunakan karakter sedia ada di dalam perisian Adobe Character Animator 2022. Saya berasa sangat teruja berpeluang mempelajari perisian ini. Saya dan ahli kumpulan juga telah menghasilkan satu video pengenalan dan promosi untuk Math Twister ini.

Contoh karakter yang digunakan



Homepage

Refleksi Projek: Fasa 1 (Permulaan)


Assalamualaikum.😊

Bertemu lagi kita di Fasa 1  untuk projek inovasi ini.

    Untuk projek inovasi semester ini, kami menggunakan produk inovasi yang kami bina pada semester 1 iaitu Math Twister. Permainan ini berbentuk dam ular digital. Bezanya semester ini, kami telah upgrade produk kami dengan menggunakan elemen animasi dalam projek ini. 

    Permainan ini boleh digunakan untuk murid-murid sekolah rendah dalam membantu mereka menangani masalah yang mereka hadapi semasa proses pembelajaran. Objektif permainan ini untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam konsep asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
 
    Pada peringkat permulaan ini, kami telah membuat mesyuarat secara online di aplikasi Google Meet untuk membincangkan mengenai perisian-perisian yang akan digunakan. Memandangkan semester ini kami telah menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, untuk projek inovasi ini, kami mengambil keputusan untuk membina board game menggunakan Adobe Illustrator dan menghasilkan poster projek inovasi ini dengan menggunakan Adobe Photoshop.
 
    Saya berharap dengan terhasilnya produk ini, diharapkan dapat menarik minat murid-murid dalam matapelajaran matematik dan secara tidak langsung murid-murid dapat memperbaiki kelemahan mereka dalam operasi asas matematik.



Perisian -perisian yang digunakan

 


Back
 



 

Refleksi Pembelajaran: Fasa 3 (Pembinaan)




Assalamualaikum.

Ok sekarang kita berada di fasa terakhir iaitu fasa pembinaan. Di fasa ketiga ini saya akan menunjukkan hasil dari tugasan-tugasan yang diberikan. Berikut hasil-hasil dari penggunaaan Adobe Photoshop. 


Poster Kitaran Hujan



Banner Sempena Minggu Steam 2023




Video animasi rama-rama


Minggu seterusnya kami telah menggunakan perisian Adobe Illustrator. Mari kita lihat hasil dari tugasan Adobe Illustrator (AI). πŸ˜‰

Melukis penguin menggunakan AI


    Seterusnya, kami telah menggunakan perisian Adobe Character Animator 2022 untuk memasukkan karakter untuk menunjukkan cara bermain Math Twister. Saya telah menggunakan karakter sedia ada yang terdapat di dalam perisian ini.



    Saya berasa sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk mempelajari tentang grafik dan animasi. Pengalaman ini sangat berharga dan saya akan mengaplikasikan semasa praktikum kelak untuk PdP saya.





Refleksi Pembelajaran: Fasa 2 (Pembangunan)



Assalamualaikum. 

Bertemu lagi kita di Fasa 2 (pembangunan)

    Di fasa kedua ini saya akan menceritakan apa yang saya belajar semasa berada di kelas Graphic and Animation Development in Education. Kami diperkenalkan dengan perisian yang tidak pernah saya guna iaitu Adobe Photoshop (Ps). 

Perisian Adobe Photoshop


    Perisian ini sesuai untuk membuat grafik seperti poster. Dr Nurain menunjukkan paparan menu dan toolbox di perisian Adobe Photoshop. Seterusnya Dr Nurain memberi demo cara menggunakan Adobe Photoshop. Saya berasa sangat teruja menggunakan tools yang ada di dalam aplikasi ini. Dr Nurain memberi tugasan kepada kami untuk membina poster kitaran hujan dan banner. Hasil design yang saya bina akan  ditunjukkan di fasa 3. πŸ˜‰

 Demo menggunakan tools Ps

    Saya berasa sangat seronok belajar subjek ini kerana saya berpeluang utuk mempelajari banyak perkara tentang grafik dan animasi. Tanpa saya sangka perisian PS ini berkebolehan untuk membuat animasi. Saya sangat teruja apabila berjaya membuat animasi rama-rama terbang.

    Semasa minggu ke-5, kami diperkenalkan dengan perisian kedua iaitu Adobe Ilustrator. Saya berasa tidak sabar menggunakan perisian ini. Dr Nurain telah menunjukkan demo melukis penguin dengan menggunakan perisian ini. Hasilnya kita lihat di fasa 3 nanti ya.


Perisian Adobe Ilustrator

    Seterusnya pada minggu ke 7, kami ditunjukkan bagaimana melukis karakter anime mengunakan perisian AI. Karakter anime akan digunakan kelak utk video intro dan video promo projek inovasi ini. Saya berasa agak kekok untuk melukis anime ini kerana saya bukan seorang yang berseni tetapi saya mencuba untuk melukis karakter yang dipilih di carian google. Karakter yang dihasilkan ini akan di animasikan menggunakan perisian Adobe Character Animator 2022. Perisian ini sangat menarik tetapi memerlukan storage yang agak besar.

Perisian Adobe Character Animator 2022.

Pemihan Karakter Anime


Karakter yang kumpulan saya hasilkan

    Subjek Graphic and Animation Development in Education ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Subjek ini akan membantu saya untuk menjadikan proses PdP saya lebih menarik semasa praktikum kelak.

    Penerangan bagi topik seterusnya tenang apa yang saya pelajari dalam subjek ini, saya akan terangkan dalam Fasa 2 iaitu Fasa Pembangunan.



Refleksi Pembelajaran: Fasa 1 (Permulaan)


Assalamualaikum.😎

    Untuk bahagian refleksi pembelajaran fasa pertama ini, saya akan menceritakan proses pembelajaran saya bagi kelas Graphic and Animation Development in Education untuk peringkat awal bagi semester kedua ini.

       Hari ini merupakan kelas pertama bagi subjek Graphic and Animation Development in Education. Rasa debaran semasa memasuki kelas. Melihat kepada nama subjek sudah terbayang difikiran semester ini akan belajar tentang grafik dan animasi. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkataan berkenaan lukisan atau ukiran. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihat keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. 

    Di awal kelas, Dr Nurain menerangkan silibus untuk semester ini. Syarahan pertama mengenai grafik bitmap dan grafik vektor. Istilah Bitmap juga dikenali sebagai grafik raster atau gambar Bitmap. Apabila ilustrasi yang dihasilkan diperbesarkan, ia akan dilihat kabur kerana ia sangat bergantung kepada resolusi pixel yang digunakan. Format raster seperti JPEG, GIF, PNG, TIFF dan BITMAP. Antara perisian yang digunakan untuk menghasilkan bitmap seperti Adobe Photoshop.

Perbezaan Raster dan Vektor

    

    Grafik vector pula dihasilkan menggunakan ekspresi matematik untuk menghasilkan titik, garis dan bentuk. Bentuk yang dihasilkan dapat di edit sepenuhnya tidak seperti bitmap. Ilustrasi yang dihasilkan menggunakan vektor tidak akan pecah atau blur apabila diperbesarkan. Format vektor seperti EPS, AI, CDR dan DXF. Manakala perisian yang digunakan seperti Adobe Illustrator.

    Saya berasa sangat seronok belajar subjek ini kerana saya berpeluang untuk mempelajari banyak perkara tentang grafik dan animasi. Subjek Graphic and Animation Development in Education ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Subjek ini akan membantu saya untuk menjadikan proses PdP saya lebih menarik semasa praktikum kelak.

    Penerangan bagi topik seterusnya tentang apa yang saya pelajari dalam subjek ini, saya akan terangkan dalam Fasa 2 iaitu Fasa Pembangunan.πŸ˜‰

 

Back



Homepage








 

 


Refleksi Projek: Fasa 3 (Pembinaan)

Spectra Nightcore · The Final Countdown ~ Nightcore Assalamualaikum.      Sekarang kita sudah berada di fasa ketiga iaitu fasa terakhir. Ak...